UPMET    >    Pendidikan Jarak Jauh    >    Master Pendidikan Pentadbiran Pendidikan

Master Pendidikan Pentadbiran Pendidikan

Master Pendidikan
Pentadbiran Pendidikan

   2 Tahun / 4 Semester

   Pendidikan Jarak Jauh (Kuliah pada Sabtu & Ahad)

   Pengambilan Februari dan September

Daripada
RM5,060  /semester
RM22,740.00 jumlah yuran
Mohon Sekarang

Objektif Program

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan pentadbir yang berupaya menganalisis teori dan mensintesis pemahaman terhadap amalan ilmu pentadbiran pendidikan untuk menyelesaikan masalah. Juga, menghasilkan pemimpin yang berupaya merancang dasar pendidikan dan memastikan kualiti pendidikan terjamin serta membangunkan bakat dan potensi individu. Seterusnya, melahirkan pakar penyelidik yang berupaya melaksanakan penyelidikan dan projek inovatif secara beretika untuk kepentingan profesion pentadbiran pendidikan dan masyarakat secara keseluruhan.

Informasi Program

  • Pemohon hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya, dengan PNGK minimum 2.75, seperti yang diterima oleh Senat HEP; ATAU
  • Pemohon hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya, dengan PNGK 2.50 dan tidak memenuhi PNGK 2.75, boleh diterima dengan syarat minimum tiga (3) tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan/lulus penilaian dalaman; ATAU
  • Pemohon hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya, tidak memenuhi PNGK 2.50, boleh diterima tertakluk kepada pengalaman kerja minimum lima (5) tahun dalam bidang berkaitan.
  • Kelayakan APEL : Lulus APEL (A) Tahap 7

  • Dasar dan Perancangan Pendidikan
  • Kaedah Penyelidikan
  • Statistik Pendidikan
  • Seminar Cadangan Penyelidikan
  • Disertasi
  • Kepemimpinan Pendidikan
  • Hubungan Kemanusiaan dalam Pendidikan
  • Pengurusan Personel dalam Pendidikan
  • Pengurusan Kewangan dalam Pendidikan
  • Pentadbiran Institusi Pendidikan
  • Kualiti dalam Pendidikan
  • Etika Pengurusan Pendidikan
  • Pengurusan Sistem Maklumat Pendidikan
  • Penyeliaan Pengajaran
  • Latihan dan Pembangunan Staf dalam Pendidikan
  • Pengurusan Sekolah
  • Perkongsian Sekolah dengan Komuniti
  • Pendidikan dan Profesion Keguruan

*Nota: Untuk mendapatkan struktur program yang lengkap, sila tekan :   info lanjut

  • Coursework : Pelajar mengikuti kelas, menyediakan tugasan dan menduduki peperiksaan pertengahan & akhir.
  • Perjumpaan secara bersemukabagi Program MPPP adalah sebanyak 10 – 12 kali pada hari Sabtu atau Ahad di :
    • UPM Serdang [bagi pelajar yang berada di Lembah Klang] dan
    • Pusat Pembelajaran yang terpilih [bagi pelajar di luar Lembah Klang, melalui sidang video secara langsung (live video conference)].
    Namun sepanjang tempoh PKP, perjumpaan diadakan secara ODL tertakluk kepada peraturan terkini UPM.

Yuran Pengajian

Tahun 1 (RM) Tahun 2 (RM) Jumlah (RM)
Semester 1 7,160.00 5,460.00
22,740.00
Semester 2 5,060.00 5,060.00

*Mengikut jumlah kredit pendaftaran kursus setiap semester

Mohon Sekarang

Laluan Pembelajaran

Laluan Master

Mohon Informasi

Ingin mendapatkan informasi lebih lanjut, kami sedia membantu anda. Isikan maklumat berikut dan hantar.