Syarat Kemasukan (Bacelor)
Syarat Am Universiti
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira, atau Setaraf.
DAN
Lulus Peperiksaan STPM / Matrikulasi / Asasi / Diploma / GCE A-Level / International Baccalaureate (IB) / Australian Matriculation (AUSMAT) / APEL T-6 atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
DAN
Memenuhi syarat minimum program dan tahap MUET / TOEFL / IELTS yang ditetapkan oleh Fakulti.
DAN
Memenuhi syarat khas program
SYARAT KEMASUKAN BERDASARKAN KELAYAKAN PENGALAMAN TERDAHULU
APEL (A) (Accreditation of Prior Experiential Learning)
Syarat Kemasukan (ASPER)
Syarat Am Universiti
Kelayakan Minimum SPM (Kategori A)
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian (Gred C) termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah.
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam LIMA (5) daripada mata pelajaran berikut:
- Biologi;
- Kimia;
- Matematik
- Matematik Tambahan;
- Fizik;
- Pertanian;
Mendapatkan sekurang-kurangnya Gred C+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.