UPMET    >    Pendidikan Jarak Jauh    >    Master Bahasa Melayu

Master Bahasa Melayu

Master
Bahasa Melayu

   2 Tahun / 4 Semester

   Pendidikan Jarak Jauh (Kuliah pada Sabtu & Ahad)

   Pengambilan Februari dan September

Daripada
RM4,100  /semester
RM18,400.00 jumlah yuran
Mohon Sekarang

Objektif Program

Program ini bertujuan untuk menyediakan calon dengan pengetahuan teori dan aplikasi yang relevan dalam bidang Bahasa Melayu. Dalam program ini, calon akan didedahkan kepada perkembangan terkini dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu. Sasaran program ini ialah kakitangan awam dan swasta yang berkaitan untuk menjadikan mereka tenaga pakar dalam bidang Bahasa Melayu.

Informasi Program

  • Ijazah Sarjana Muda atau setara dalam bidang dengan PNGK minimum 2.750; ATAU
  • Ijazah Sarjana Muda atau setara dalam bidang yang berkaitan dengan PNGK 2.500 – 2.749 hendaklah mempunyai minimum 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  • Ijazah Sarjana Muda atau setara, dalam bidang yang berkaitan dengan PNGK bawah 2.00-2.499 dan hendaklah mempunyai minimum 5 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
  • Calon yang tidak memiliki kelayakan dalam bidang berkaitan hendaklah mengambil dan lulus tiga kursus dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam tahun pertama pengajian.
  • Kelayakan APEL : Lulus APEL (A) Tahap 7

  • Linguistik Perbandingan dan Persejarahan
  • Aliran Linguistik Melayu
  • Metodologi dalam Penyelidikan Bahasa Melayu
  • Sosiolinguistik Lanjutan
  • Psikolinguistik Lanjutan
  • Kajian Wacana
  • Semantik dan Pragmatik
  • Seminar Projek Penyelidikan Master

*Nota: Untuk mendapatkan struktur program yang lengkap, sila tekan :   info lanjut

  • Coursework : Pelajar mengikuti kelas, menyediakan tugasan dan menduduki peperiksaan pertengahan & akhir secara atas talian (Online Distance Learning)
  • Perjumpaan secara bersemukabersama pensyarah diadakan sebanyak tiga (3) kali sahaja pada setiap semester pada hari Sabtu dan Ahad. Namun sepanjang tempoh PKP, perjumpaan diadakan secara ODL tertakluk kepada peraturan terkini UPM.

Yuran Pengajian

Tahun 1 (RM) Tahun 2 (RM) Jumlah (RM)
Semester 1 5,350.00 4,450.00
18,400.00
Semester 2 4,100.00 4,100.00

*Mengikut jumlah kredit pendaftaran kursus setiap semester

Mohon Sekarang

Laluan Pembelajaran

Laluan Master

Mohon Informasi

Ingin mendapatkan informasi lebih lanjut, kami sedia membantu anda. Isikan maklumat berikut dan hantar.