UPMET    >    Pendidikan Jarak Jauh    >    Bacelor Sastera Bahasa Dan Linguistik Melayu dengan Kepujian

Bacelor Sastera Bahasa Dan Linguistik Melayu dengan Kepujian

Bacelor Sastera Bahasa & Linguistik
Melayu dengan Kepujian

   4.5 Tahun / 9 Semester

   Pendidikan Jarak Jauh (Kuliah pada Sabtu & Ahad)

   Pengambilan Februari dan September

Daripada
RM3,375  /semester
RM31,865.00 jumlah yuran
Mohon Sekarang

Objektif Program

Program ini bertujuan mengukuhkan keterampilan berbahasa dalam kalangan pelajar dari aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berkomunikasi dalam pelbagai ragam, gaya, laras, wacana dan suasana untuk memahami budaya ilmu dan memupuk integrasi nasional. Tambahan lagi, ia akan memantapkan pelajar dengan penguasaan pelbagai bahasa melalui pemerhatian, perlakuan dan pemikiran kritis dan kreatif dalam pelbagai bidang ilmu.

Informasi Program

Kelayakan Minimum STPM


  • Memenuhi Syarat Am Universiti serta
  • SYARAT KHAS PROGRAM

    Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

    • Bahasa Melayu;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020;

Kelayakan Minimum Matrikulasi/Asasi


  • Memenuhi Syarat Am Universiti serta
  • SYARAT KHAS PROGRAM

    Lulus Matrikulasi KPM/Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020;

Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf


  • Memenuhi Syarat Am Universiti serta
  • SYARAT KHAS PROGRAM

    Memiliki Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020;

Syarat Kemasukan Berdasarkan Kelayakan Pengalaman Terdahulu


  • APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) (A): Tahap 6

  • Pengantar Stilistik
  • Pengantar Linguistik Am
  • Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu
  • Pengantar Psikolinguistik
  • Semantik
  • Pengantar Penterjemahan
  • Pengantar Sosiolinguistik
  • Nahu Melayu
  • Bahasa Melayu Tinggi
  • Sistem Tulisan Jawi
  • Multimedia dalam Bahasa
  • Keterampilan Berbahasa Melayu
  • Kaedah Penyelidikan Bahasa Melayu
  • Latihan Industri
  • Disertasi Bacelor
  • Penulisan Akademik
  • Bahasa Asing I (Arab)
  • Bahasa Asing II (Arab)

*Nota: Untuk mendapatkan struktur program yang lengkap, sila tekan :   info lanjut

  • Coursework : Pelajar mengikuti kelas, menyediakan tugasan dan menduduki peperiksaan pertengahan & akhir secara atas talian (Online Distance Learning)
  • Perjumpaan secara bersemukabersama pensyarah diadakan sebanyak dua (2) kali sahaja pada setiap semester pada hari Sabtu dan Ahad. Namun sepanjang tempoh PKP, perjumpaan diadakan secara ODL tertakluk kepada peraturan terkini UPM.

Laluan Pembelajaran

Laluan Bacelor

Mohon Informasi

Ingin mendapatkan informasi lebih lanjut, kami sedia membantu anda. Isikan maklumat berikut dan hantar.

Yuran Pengajian

Tahun 1 (RM) Tahun 2 (RM) Tahun 3 (RM) Tahun 4 (RM) Tahun 5 (RM) Jumlah (RM)
Semester 1 4,685.00 3,555.00 3,375.00 3,375.00 2,835.00
31,865.00
Semester 2 3,735.00 3,555.00 3,375.00 3,375.00  

*Mengikut jumlah kredit pendaftaran kursus setiap semester

Mohon Sekarang